ARTIKEL BAHASA MELAYU

Sumber : Daripada buku PM & Olah sendiri



PEMISAHAN SINGAPORE




Sebab-sebab Pemisahan Singapore
Terdapat empat punca pertikaian antara Malaysia dan Singapore:-


   1. Masalah Politik 



NOVEMBER 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan politik Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan terbatas di Singapore dan parti itu tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya tanah melayu dalam temoh lima tahun selepas penyatuan.
Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana pengalibatan PAP yang terlalu awal di Tanah Melayu akan menjejaskan perpaduan kaum dan hubungan UMNO dengan MCA. Malah, PAP juga berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili Kaum Cina dalam kerajaan.

  2. Masalah Perkauman



Hubungan UMNO dan PAP semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapore. Kerajaan Singapore tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka dan orang melayu di negeri itu masih merasakan  diri mereka diabaikan, keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapore. Selepas itu beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu bertemu Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara tersebut. Selepas setiausaha UMNO Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat melayu di Singapore keaadan menjadi semakin serius.



 3. Konsep Malaysian Malaysia



Konsep Malaysian Malaysia diperkenalkan oleh pemimpin Singapore sangat tidak disenangi oleh pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah menafikan intitusi kesultanan melayu serta mencabar hak istimewa orang melayu dan bumiputera. MEI 1995 Malaysia Solidarity Convention ditubuhkan oleh Lee Kuan Yew dengan slogan “A democratic Malaysian Malaysia” sebagai satu perkataan dikalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan.



 4. Masalah Ekonomi


Singapore diberi kuasa untuk memungut cukai berdasarkan perjanjian Malaysia. Hasil yang dikutip perlulah dibahagikan dengan kadar 60% untuk Singapore dan 40% untuk kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapore adalah paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi dengan Indonesia. Dengan itu kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula agihan hasil itu yang menetapkan Singapore menyerahkan 60% dan bukan lagi 40% hasilnya. Malangnya cadangan ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pemimpin Singapore.

FEBRUARI 1965
Menteri Kewangan Tan Siew Sin mengarahkan pengusaha di Singapore untuk berunding dengan kerajaan persekutuan tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang arahan tersebut membuatkan pengusaha di Singapore marah dan mendapat liputan luas media. MEI 1995 berlakunya penyikiran Singapore. Hubungan Singapore dan Kuala Lumpur terus tegang dan membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya, beliau memaklumkan untuk menyingkirkan Singapore pada Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Tunku memaklumkan dengan rasmi penyingkiran Singapura daripada Malaysia di Dewan Rakyat.









RUKUN NEGARA












Bilakah Rukun Negara mula digunapakai

Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.


Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negaraa

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.



Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.











1 comment: